AR Rumah Melayu Tradisional Terengganu
Rumah tradisional Terengganu ialah rumah bujang berselasar (serambi) mempunyai keunikan tersendiri. Rumah ini biasanya diperbuat daripada kayu cengal berlantaikan kayu seraya, bertiang 12 manakala lantainya berpasak dan berselak.Â
Rumah bujang berselasar lazimnya berbumbung panjang dengan papan pemeleh dan beralas atap singgora. Secara tidak langsung, binaannya menampilkan tekstur menarik selain identitinya turut terletak pada struktur tiang dan ruang selasar, rumah ibu dan dapur.Â
Sesuai dengan namanya bujang, rumah ini tidak mempunyai bilik sebaliknya hanya mempunyai ruang luas (rumah ibu). Ini kerana masyarakat Melayu mementingkan perjumpaan atau berkumpul untuk majlis keramaian dan keagamaan.
Sumber: Aznan. (2020). View of beautiful Terengganu-style traditional Malay house at Terrapuri Heritage Village resort. [Photograph].
Antara jenis rumah yang terdapat di Terengganu ialah ‘Rumah Limas Bungkus’. Ia berbumbung sebuah perabung lurus dan bersambung dengan empat buah perabung yang menurun ke cucur atap, serta dihiaskan dengan ukiran. Rumah ini mempunyai berbagai bentuk; bentuk panjang dan bersegi empat. Ruangnya terdiri daripada anjung, beranda, rumah tengah dan dapur.