AR Rumah Melayu Tradisional Kedah
Rumah Melayu Kedah biasanya mempunyai serambi, rumah ibu, rumah tengah dan dapur. Bumbungnya dikenali sebagai bumbung perak dan bumbung panjang. Keistimewaan rumah-rumah ini juga terletak pada kehalusan ukiran bunga kerawang dan ruang-ruangnya iaitu beranda, rumah ibu, anjung, ruang tengah, selang, dapur dan pelantar.
Sumber: Aznan. (2020). Exterior view of the Mahsuri House, of the Mahsuri Mausoleum complex. [Photograph].
Antara ciri penting rumah Kedah ialah bumbung dapurnya agak rendah sedikit daripada ‘bumbung rumah ibu’, justeru ia kelihatan seperti ‘bumbung rumah gajah menyusu’.
Rumah Kedah juga terdapat ruang selang yang memisahkan antara ‘rumah ibu’ dan ‘rumah tengah’ berkeadaan terbuka tanpa dinding bagi menggalakkan pengudaraan semulajadi. Ruang tersebut juga dijadikan laluan masuk kedua ke rumah tersebut yang lazimnya digunakan oleh tetamu wanita.